emoticon

Friday 5 October 2012

Sahabat..^_^

Sahabat . Apa yang anda faham pasal Sahabat ? . Mesti didalam fikiran anda terlintas maksud 'kawan' . Tetapi zaman sekarang sudah Berlainan , kata orang sudah akhir zaman . Bermacam-macam berlaku yang melibatkan Sahabat . Dahulunya kita seorang yang Patuh pada ibu bapa kita , sekarang kita mulai Derhaka kepada mereka . Dahulunya kita seorang yang Rajin belajar , sekarang kita mulai Mengabaikan pelajaran . Kebanyakannya berpunca akibat Sahabat . Sebut pasal Sahabat , terlintas di fikiran saya akan suatu kisah , bukan tentang diri saya , tetapi cerita yang direka dan ia direka berdasarkan apa yang berlaku pada zaman sekarang . Semoga kita dapat ambil iktibar daripada cerita tersebut.


Farid dan Razak telah berkawan sejak dari kecil lagi . Segalanya dilakukan bersama sampaikan mereka digelar 'Kembar' oleh rakan2 mereka kerana asyik bersama setiap masa , kelas yang sama , persatuan yang sama sehinggalah berada di Tingkatan 5 .  Razak pernah mempunyai seorang adik , namanya Daniel berumur 9 tahun tetapi Daniel telah meninggal dunia akibat kemalangan . Masa tu Razak dan Daniel dalam perjalanan ke pondok bas untuk menaiki bas . Mereka menaiki bas untuk pergi ke sekolah setiap hari . Setiap hari juga Razak memegang erat tangan adiknya itu , pesan ibunya supaya berhati-hati . Tetapi hari tu Razak tidak memegang adiknya . Malang tidak berbau , sebuah kereta memecut laju untuk memotong lampu isyarat dan telah melanggar Daniel yang sedang berlari melintas jalan . Daniel mati di tempat kejadian . Berlinangan air mata Razak sambil memeluk erat mayat adiknya itu . Sudah 3 tahun tragedi itu berlalu . Razak telah menganggap Farid itu seperti adiknya . Mungkin sebab itu mereka sentiasa bersama . Dipendekkan cerita setelah mendapat keputusan SPM , mereka bekerja sementara menunggu panggilan ke IPTA . Selepas beberapa minggu mereka bekerja , ketika Razak pulang ke rumah , ibunya menunjukkan surat tawaran ke UITM Arau , Perlis . Alangkah seronoknya dalam hati Razak kerana sememangnya dia ingin melanjutkan pelajaran . Tetapi dia melihat raut wajah ibunya yang agak muram . Razak faham . Keluarganya tidak mampu untuk menampung kos pembelajaran universiti memandangkan Razak dari keluarga yang susah manakala Farid dari keluarga berada . Alangkah beruntungnya Razak kerana keluarga Farid sanggup membiayai kos pelajaran Razak . Farid juga dapat melanjutkan pelajaran di UITM Skudai , Johor . Walaupun mereka tidak bersama lagi seperti dahulu , mereka masih sentiasa berhubung melalui Facebook . Mereka sudah berjanji antara satu sama lain bahawa mereka akan Berjaya bersama-sama seperti yang digelar 'Kembar' yang sentiasa bersama-sama . Razak tekun dan bersungguh-sungguh dan ingin mengubah nasib keluarganya . Alhamdullilah!! Untuk semester 1 , Farid dan Razak mendapat pointer yang agak tinggi . Kata orang , lagi tinggi tahap pembelajaran , lagi 'tough' subjek-subjek yang akan dipelajari . Bermulalah semester 2 , masing-masing fokus terhadap pelajaran masing-masing . Farid semakin sibuk dengan tugasannya begitu juga dengan Razak . Tetapi Razak masih sempat lagi menghubungi Farid tetapi tidak dilayan oleh Farid dan ianya berterusan selama 4 bulan . Sudah lama Razak tidak mendengar khabar berita dari Farid . Puas Razak cuba menghubungi Farid , tetapi asyik masuk voicemail saja . Tidak lama kemudian , Razak mengetahui bahawa Farid sudah mempunyai sahabat baharu yang bernama Husin . Razak mula dipinggirkan dan rapat bersama Husin . Farid berasa seronok bila bersama Husin , kata orang , ada Chemistry . Baru Razak mengerti bahawa zaman sekarang sudah berubah . Jumpa yang baru , yang lama diketepikan . "Tak mengapalah . Apa boleh buat . Hanya doa yang mampu aku kirimkan agar dia sentiasa mengingati Allah SWT dan orang yang rapat dengannya" , kata hati kecilnya . Tidak putus doa dari Razak untuk Husin . Boleh kata setiap malam Razak akan bangun untuk menunaikan solat sunat hajat agar apa yang dihajati dikecapi . Husin seorang yang jenis kuat bersosial . Hampir setiap hari dia akan balik lewat . Kadangkala tidak pergi ke kelas akibat keletihan . Pada suatu malam , si Husin ni mengajak Farid keluar malam . Pada mulanya Farid tidak mahu mengikutnya , tetapi setelah dipujuk berkali-kali , akhirnya dia bersetuju . Husin telah membawa Farid ke disko . Akibat tidak pernah melihat dunia luar , Farid begitu seronok 'enjoy' sampaikan dia telah lupa bahawa esok dia ada kelas . Asalnya Farid tidak merokok tetapi akibat ingin mencuba , Farid merokok . Banyak duit yang dia habiskan semata-mata untuk membeli rokok . Perwatakan Farid sudah berubah . Dia tidak seperti dahulu lagi . Dia sudah pandai berfoya-foya . Duit PTPTN Farid hanya tinggal sedikit sahaja . Razak terkejut dengan sikap Farid yang berubah mendadak . Suatu hari , Razak cuba menghubungi Farid . "Harap-haraplah dia angkat call aku" , kata hatinya . Masih gagal . Dia mencuba untuk beberapa kali . Akhirnya , Farid menjawab panggilan Razak . Tetapi malangnya , Razak hanya dapat makian dari Farid . "Weh rimas tau tak!!Tak payah lah call aku . Aku busy!!" , 'Beep' , panggilan dimatikan . Razak begitu terkejut dengan apa yang dia dengar . Dia macam tidak percaya yang sahabat karibnya itu menengking Razak . Razak kecewa . Farid merupakan sahabatnya yang paling karib dan sudah dianggap seperti adik kandungnya sendiri . Razak redha dengan apa yang berlaku . Razak berdoa supaya Farid dibukakan pintu hatinya agar dia boleh fikir apa yang telah dia lakukan . Suatu hari , Razak mendapat khabar yang Farid mengalami kemalangan . Kemalangan Farid sama dengan kemalangan yang telah meragut nyawa Daniel . Razak bergegas ke Hospital Sultanah Aminah , Johor Bahru , Johor dimana Farid digegaskan . Semasa Razak tiba di wad Farid ditempatkan , kelihatan keluarga Farid berada di situ . Mengalir air mata Razak membasahi pipinya kerana sahabatnya itu akan pergi bila-bila masa sahaja . Farid telah koma selama 5 hari . Razak tidak mampu berbuat apa-apa , hanya doa yang mampu diiring dalam solatnya agar Farid cepat sembuh dari sakitnya . Setelah selesai solat , Razak kembali semula ke wad untuk menemani Farid . Razak kemudiannya tertidur . Kemudian Razak tersedar kerana mendengar suara seseorang . Rupanya Farid telah sedar dari komanya . "Wahai sahabatku , aku mohon maaf andai aku telah menyakiti hati kau , telah mengecewakan kau . Kau lah sahabatku dunia akhirat . Tiada yang boleh menggantikan kau sebagai seorang sahabat sejati dalam diriku . Semoga kita dapat bersama-sama sekali lagi di alam yang lain . "Tittt...Tittt..Tittt...Tittt" ,  denyutan nadi Farid pada mesin elektronik semakin lemah kedengaran . "Kau tak pernah salah . Aku yang salah kerana tidak memahami kau . Insya-allah kita akan bersama-sama sekali lagi di sana" , sambil memegang erat tangan sahabatnya itu . "Tittttttttt......................." . Farid telah meninggal dunia akibat kehilangan darah yang terlalu banyak . 


Begitulah ceritanya . Kesimpulan yang saya dapat ialah terdapat perbezaan antara kawan dan sahabat . Semua orang boleh dijadikan kawan tetapi hanya beberapa orang yang dapat dijadikan sahabat . Kerana sahabat , kita boleh berjaya , kerana sahabat juga kita boleh merana . So pilihlah sahabat yang selayaknya . Bukan maksud saya untuk meminggirkan yang tidak layak , cuma jangan dicontohi sikap yang negatif . Apa-apa pun , renung-renungkan dan selamat beramal . :D

Saturday 29 September 2012

Kerana BlackBerry...T-T

Semalam , 29 / 09 / 2012 , dalam pukul 6.50 petang , selepas bermain futsal , sengaja aku Update status di Facebook , "via Blackberry" . Sebenarnya dah lama aku inginkan sebuah handphone Blackberry Bold 2 , sebab harganya murah dan fungsinya sama seperti semua jenis Blackberry . Tetapi pada masa yang sama , ada seseorang ini telah membaca status aku dan mungkin telah membuatnya Marah!! . Pada mulanya aku tidak faham mengapa dia begitu Marah pabila aku berkata demikian , tetapi baru aku teringat . Dia pernah putus dengan EX dia sebab Blackberry . EX banyak menipu dia , konon tiada duit padahal Blackberry dapat pula dibelinya . Blackberry kan ada BBM , semua orang boleh chatting . Akhir sekali , EX dia membuat pengakuan yang dia memang ada chatting seorang perempuan melalui Blackberry . Dia putus dengan EX dia . So aku rasa dia taknak aku pakai Blackberry sebab mungkin aku akan jadi seperti EX dia . Aku call dia , dia Menangis . Ya Allah , aku tidak sanggup nak dengar Tangisannya . Aku mahu dia Bahagia , Ceria bila bersamaku . Alhamdullilah , berjaya juga aku memujuknya . So niat aku sekarang , No Blackberry . Aku ingin jaga Hatinya , tidak mahu untuk membuat dia Menangis keranaku . Cukuplah dia sudah Mengalirkan air mata pada EX dia . Aku caring pasal dia . Aku Sayang dia <3

Friday 28 September 2012

BLOG PERCUBAAN




Assalamualaikum n Hai . Mesti tak pernah lihat blog ni kan ? . hehe baru First time nak cuba . Selagi tak cuba , kita tak kan tahu kan ? . Dalam Hidup ini , kita harus sentiasa cuba perkara baharu(lambat update lah aku ni)agar dapat melatih kita Berani Melakukan Sesuatu . Ohh lupa pulak untuk memperkenalkan diri . Nama saya Muhammad Akmal b Khairuddin , berasal dari Ipoh , Perak Darul Ridzuan . Sekarang ni sedang menuntut Ilmu di Politeknik Port Dickson(PPD).Berpunya?.Rasa2 anda semua , saya sudah berPunya ? . hehe fikir2lah sendiri ye . Saya ni seorang yang Simple . Friendly pulak tu . hehe kalau diikutkan , banyak lagi nak Intro , yelah Excited first time blogging . hehe so sampai disini sahaja dulu . Apa2 nanti akan di-Update . Sekian , Assalamualaikum :D